Black Soap
Berat - 80mg
Harga RM25.00
Kandungan :
Minyak Kelapa Dara, Natrium Karbonat, Caustic Soda
Gliserin, Parfum, Asid Stearik, Talcum Poweder, Activated Coco Carbon
Cara Penggunaan :
Gunakan sabun ketika mandi
Sabun Hitam Minyak Kelapa Dara
Sabun Hitam Minyak Kelapa Dara
Dirumus khas dari minyak kelapa dara dan bahan aktif tempurung kelapa, memberikan khasiat dan kegunaan tambahan bagi tujuan membersih serta merawat kulit. Menghindar kulit dari cemaran bahan yang boleh menjadikan kulit kusam, berisiko terhadap jangkitan, dan membangkitkan sinar seri cahaya kulit.
Secara khusus bahan aktif tempurung kelapa sangat berkesan sebagai agen penyerap, atau ‘adsorbent’. ‘Adsorption’ adalah proses pengumpulan bahan yang di panggil ‘dissolved organic compounds’ (DOC), dikeluarkan dari air cucian mana-mana bahagian tubuh badan manusia, semasa pembersihannya, terutama yang lumrah asalnya terdapat terapung diudara, kemudian terikat pada permukaan ‘adsorbent’ melalui tarikan kimia ataupun tarikan fizikal.
Keupayaan ini adalah disebabkan tempurung kelapa yang diaktifkan mempunyai terlalu banyak liang atau rongga, yang dipanggil ‘micropores’ liang atau rongga yang bersaiz kecil sehingga 40 angstroms, selain mempunyai luas permukaan dalaman yang besar (a large internal surface area), bagi membolehkan bahan cemaran ditarik dan melekap padanya. Kaedah ini menjadikan ia sangat berkesan bagi proses pembersihan. Disamping itu sifat fizikal bahan aktif tempurung tersebut juga sangat berkesan sebagai pelulur yang dapat membantu menanggalkan lapisan luar kulit.
Sementara minyak kelapa dara, yang menjadi antara bahan sabun hitam minyak kelapa dara, berfungsi membantu mengekalkan kimia kulit, bagi mengekalkan kesegaran semulajadi kulit, selain menjadi perisai kepada sebarang unsur punca jangkitan kulit. Minyak kelapa dara juga berfungsi sebagai bekalan tenaga segera bagi kulit, membantu mempercepat pertumbuhan sel-sel baru kulit, menjadikan kulit lebih anjal, dan kelihatan lebih bertenaga.
Sabun hitam minyak kelapa dara amat sesuai bagi kegunaan seisi keluarga, terutama mereka yang mementingkan kebersihan dan kesihatan, lebih-lebih lagi bagi yang ingin mengekalkan kecantikan.